Saturday, 14 February 2015

Fish ball

biasanya bebola ikan ( fish ball) orng gunakan ikan tenggiri atau pun kembong, namun di sebabkan ikan tenggiri mahal- (bagi org macam saya) saya gantikan dengan talapia- alhamdulillah rasanya seakan tenggiri,



bahan-bahannya:
1 mangkok isi ikan talapia-
1 cawan tepong ubi
1 sudu kecil baiking powder
1 sudu kecil garam - ikut suka
1 sdm lobak yang dimayang halus- kalau suka
1 sdm daun saderi dimayang halus-kalau suka
cara membuatnya
bersihkan ikan dan buang kulit dan tulangnya , kemudiannya di kisar hingga halus.
campurkan ikan yang telah di kisar dengan semua bahan-gaul sebati dan kemudiannya di bentuk ikut suka.
didihkan air hingga mendidih dan masukkan bebola ikan, biarkan hingga bebola ikan timbul, baru lah diangkat dan masukkan ke dalam air yang sudah di bubuh air batu.anggaran 5 minit ini akan menjadikan bebola menjadi cantik , jernih dan kenyal.
sedia untuk dibuat apa sahaja anda suka. buat sendiri.


.

Tepong beras gulong

tepung beras gulong.
5 sudu tepong Beras bubuh sedikit garam. lepas tu siram sedikit demi sedikit dengan air panas, kacau- jangan lembik sangat dan jangan keras sangat. biarkan 5 minit dan kemudiannya bila dah agak sejuk uli. sebelum uli, sapukan kedua telapak tangan anda dengan minyak dan barulah mula menguli. uli nie yang perlu lama biar sebati. kemudiannya bentuk lah ikut suka.
kukus selama 5 minit. bolh dimakan dengan sambal, dengan masak lodek dengan apa juga lauk yang nada suka.
mudah dan ringkas.tapi mengenyangkan dn sedap.


Pecal lele-

pecal lele merupakan  masakan tradisi bagi masyarakat Jawa. makanan tradisi turun temurun.

membuatnya sangat mudah sebenarnya.

anda cuma memerlukan;

 beberapa ekor ikan lele (keli ) di siang bersih dan kemudiannya di goreng , jangan masak sangat..ketepikan.

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
cili api ikut suka
ketiga gahan ini di goreng terlebih dahulu hingga layu dn kemudiannay di kisar bersama 3-4 ketul isi cekur hingga lumat.
panaskan periok dn masukkan 1 sudu minyak kemudiannya masukkan bahan kisar, tumis sekejap dan maukkan ikan ikan tadi. Masukkan pula santan cair anggaran 2 cawan. biar menggelegak dan kemudiannya masukkan 1 mangkok santan pekat. biarkan hingga menggelegak dan bubuh lah garam secukup rasa, angkat. enak jika di hiris daun cekur dan ditaburkan sebagai hiasan