Ada yang mengatakan kuih ini adalah kuih tradisional terengganu, namun saya mempelajari kuih ini dari seorang tua di perak yang mengarakan ianya juga kuih tradisional perak.
apa pun sampai kat Mama, mama dah ubah sikit. asalnya kuih ini tidak berinti, namun mama dah bubuh inti supaya gigitan itu tidak rasa kosong.
mudah dan murah...
ada cuma perlukan.
11/2 cawan air
2 potong butter dari sebatang butter.( ikut resepi tradisi- guna minyak kelapa sahaja)
1 cawan tepong gandum
1 biji telor
beberapa biji buah badam
sedikit garam.
caranya;
masukkan air , garam dan butter kedalam periok dan masak hingga menggelegak. kecilkan api dan kemudiannya masukkan tepung yang sudah kita ayak. kacau dengan cepat supaya dia tidak bergentel. matikan api dan pecahkan telor masukkan dalam adunan. terus gaul sebati dengan cepat.
setelah dok tidak melekat pada senduk kayu dan periok, keluarkan dan uli pula dengan tangan. kemudiannya kita bentuk seperyi buah belimbing, sebelum membentuknya isikan badam yang telah di sangrai kedalam buah belimbing sebagai inti.barulah di goreng hingga kekuningan.
untuk manisannya anda perlukan
1 cawan gula
1/2 cawan air
sedikit kayu manis dan bunga cengkih
masuk kesemuanya dalam periok dan masak diatas api hingga ianya pekat.angkat
kemudiannya celupkan satu persatu kuih belimbing anda, biarkan sejuk dan bolehlah di hidangkan.