Wednesday, 25 March 2015

Sambal Tahun Limau Kasturi

Buah Limau kasturi bila musimnya, aduhaiii, tanam sepokok pun berbaloi baloi...



Bahan bahannya:

1 mangkok limau kasturi
1 mangkok tomato masak
1 mangkok ikan bilis
1 mangkok cili masak
1 mangkok bawang merah mayang
1 cawan bawang putih mayang
1 cawan halia cincang
1/2 cawan  madu
3 sudu gula perang
1 sudu cuka
3 cawan air
1 sudu air lemon
1 sudu parutan kulit lemon
1 cawan minyak sayur
garam ikut suka.


cara memasaknya.

1. basuh limau dan kemudiannya di toskan, belah buang bijinya
2. kisar limau, halia, bawang merah dan bawng putih  , ikan bilistomato, dan cili hingga hancur
3. panaskan minyak dan kemudiannya tuiskan bahan bahan kisar hingga nik baunya, masukkan 1 cawan air, kacau semula dan masukkan pula satu  cawan air lagi hingga  habis sebanyak 3cawan.
4. perlahankan api, biar menggelegak masukkan pula air lemon, madu, cuka, gula perang dan juga parutan kulit lemon.kacau hingga pekat dan berkilat.

sejukkan barulah masukkan dalam bekas kedap udara.

enak dimakan dgn nasi atau roti. boleh juga dijadikan ramuan dalam sambal ikan, cuma tambahkan air.

















Masak lemak cili api Tampuk Durian

Bila tiba musim bunga durian berkembang dan kemudiannya mulai gugur tampoknya, dibawah pokoknya kelihaan memutih, terasa sayangnya ...kan

stigma nya memang ramai yang sudah tahu boleh di goreng, rasanya seakan tauge, masak lemak juga sedap tetapi tampuk bunga durian terbiar bagitu sahaja. itulah yang ingin saya kongsikan bersam nda semua di sini.

Masak lemak cili api tampuk durian.

bahan-bahannya

1 mangkok tampuk durian
15 biji cili api ( ikut suka nak pedas mana)
1 cawan ikan bilis
1 mangkok santan cair
1 mangkok santan pekat
2 batang serai
1 helai daun kunyit
garam

Cara memasaknya:

bersihkan ampuk durian dan rendam dalam air garam anggran 20 minit kemudinnya di toskan.
dalam periok, masukkan santan cair, masukkan juga cili api yang sudah di tumbuk bersama dengan ikan bilis, serai dan juga daun kunyit. biarkan hingga menggelegak.

masukkan tampuk bunga durian. kecilkan api dan tutup periok . biarkan selama 15 minit.

buka penutup, kacau rata dan kemudiannya masukkan santan pekat, kacau kerap sahingga menggelegak. jaga supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.

bila tampuk Durian sudah empuk bolehlah masukkan garam dan kemudiannya diangkat.
rasanya seakan batang cendawan, kenyal dan enak.