Monday, 29 June 2015

bubur sum sum

Bubur sum-sum
bahan-bahannya
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam .
cara membuatnya:
campur semua bahan kecuali santan pekat. kacau berterusan agar tidak berketul ketul. api perlu perlahan. kacau hingga meletup-letup masukkan pula santan pekat. teruskan kacau hingga pekat dan likat dan tuang dalam acuan yang kita sukai...



Koleh Kacang


kuih koleh kacang nie selalunya muncul bila bulan Ramadhan ( puasa). sebenarnya tidaklah sesusah mana membuatnya, cuma ketekunan mengacaunya, itu yangjadi masalah.

Kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan
2 cawan santan pekat-( untuk buat tahi minyak.)

1 cawan gula merah- ( gula perang pun ok.)
2 sb gula pasir
2 cawan air

2 cawan santan
5 cawan santan cair
1 cawan tepung kacang hijau
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam

Cara-cara
1.       Masak  2cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 3 sudu besar  lebihan minyak dalam kuali.ketepikan.

2.        Dalam sebuah periok, masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.

3.       Satukan tepung kacang hijau,  2 cawan santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.tapis.

4.       Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa .  kacau  selalu agar tak bergentel . Masak hingga pekat dan menggelembung  ( meletup-letup ) , sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

5.       Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

  Siap untuk dihidangkan.



Saturday, 20 June 2015

bebola nasi dan bayam

kadang kala, nasi yang berlebihan bila selalu buat nasi goreng bosan jugakan... kali ini saya ingin berkongsi membuat bebola nasi dan bayam.ianya bukan sahaja boleh dimakan bagitu sahaja, dimasak berlada ( spt gambar) malah sangat enak di buat sup.
bahan-bahannya;
1 mangkok nasi sejuk 
1 mangkok daun bayam
2 gelas air. ketiga bahan ini di kisar sahingga halus.
masukkan nasi dan bayam kedalam mangkok, tambah dengan:
2 biji telor
2 sudu makan lada hitam
2 sudu makan udang kering
1 cawan tepong jagung
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum.
garam
kacau sahingga sebati dan kental-spt kita nak buat cekodok.
panaskan air dalam periok, bubuh garam dan minyak sedikit, kemudiannya bentuklah bebola dan masukkan dalam air mendidih. biarkan hingga ianya timbul baru di angkat.
selepas tu terpulang anda nak masak sup atau masak apa sahaja.... yang penting kita tidak membazir, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini



Friday, 12 June 2015

Seri kaya Durian Mengkal

Sahabat saya mengajak saya kerumah kakaknya di Kg Haji Palil, Dusun Tua , Hulu Langat, pokok durian sebesar pemelok sekah dahanya, banyk sungguh durian yang masih muda gugur...
saya puan Sujiah Salleh  dan kakaknya sedang tekun mengopek durian mengkal
masa tu saya hanya terbayangkan masak lemak putih atau pun masak lemak cili api. tetapi  kemudiannya saya terfikirkan untuk membuat serikaya... makan dengan roti tentu sedap...menjelang subuh...saya berhasil menghasilkan serikaya durian mengkal ini, dengan  bahan paling mudah dan ringkas

Seri kaya durian mengkal
bahannya;
1 mangkok durian mengkal yang sudah di bersihkan- asingkan bijinya untuk masak tengah hari nanti.
21/2 gula pasir- terpulang nak manis mana
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
1/2 batang kulit kayu manis
1 susu makan pewarna kuning
2 sudu makan tepung jagung
caranya.
masukkan durian mengkal kedalam blender + 2 gelas air daan di kisar sampai betul betul halus.
masukkan kedalam periok bersama dengan cengkih, pandan gula kulit kayu manis dan juga pewarna kuning
.
kacau perlahan dengan api yang kecil sampai dia mengering dan meletup-letup- jaga jaga panas...
akhir sekali masukkan tepung jagung dan terus kacau hingga cantik pekat dan berkilat...


seri kaya durian mengkal & dan roti yg sudah di sapu seri kaya,,,