Tuesday, 26 May 2015

Kerepek Daun Labu Manis

Daun  labu manis bukan sahaja enak untuk di gulai lemak campur  keledek, tetapi enak juga jika di buat kerepek atau pun di celop tepung dan di goreng garingsebagai gudapan.

caranya mudah saahaja.

15 helai daun labu- cuci dan keringkan.
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telor ayam
garam
1 sudu jintan manis dikisar halus
2 biji bawang merah
semua bahan di campurkan dan kemudiannya bancuh dangan air ais. kacau sebati hingga seperti kita nak buat dadar

Untuk sos;

3 biji cili masak
2 ulas bawang putih
4 sudu udang kering.

ketiganya di tumbuk kasar, kemudiannya masukkan bekas dicampur dengan sedikit lada hitam, gula dan juga cuka. kacau sebati dan  untuk di jadikan pencicah.

anda juga boleh mencicahnya dengan sos pilihan lainnya.




No comments:

Post a Comment