Ada yang mengatakan kuih ini adalah kuih tradisional terengganu, namun saya mempelajari kuih ini dari seorang tua di perak yang mengarakan ianya juga kuih tradisional perak.
apa pun sampai kat Mama, mama dah ubah sikit. asalnya kuih ini tidak berinti, namun mama dah bubuh inti supaya gigitan itu tidak rasa kosong.
mudah dan murah...
ada cuma perlukan.
11/2 cawan air
2 potong butter dari sebatang butter.( ikut resepi tradisi- guna minyak kelapa sahaja)
1 cawan tepong gandum
1 biji telor
beberapa biji buah badam
sedikit garam.
caranya;
masukkan air , garam dan butter kedalam periok dan masak hingga menggelegak. kecilkan api dan kemudiannya masukkan tepung yang sudah kita ayak. kacau dengan cepat supaya dia tidak bergentel. matikan api dan pecahkan telor masukkan dalam adunan. terus gaul sebati dengan cepat.
setelah dok tidak melekat pada senduk kayu dan periok, keluarkan dan uli pula dengan tangan. kemudiannya kita bentuk seperyi buah belimbing, sebelum membentuknya isikan badam yang telah di sangrai kedalam buah belimbing sebagai inti.barulah di goreng hingga kekuningan.
untuk manisannya anda perlukan
1 cawan gula
1/2 cawan air
sedikit kayu manis dan bunga cengkih
masuk kesemuanya dalam periok dan masak diatas api hingga ianya pekat.angkat
kemudiannya celupkan satu persatu kuih belimbing anda, biarkan sejuk dan bolehlah di hidangkan.
Dapur MamaMira
Thursday, 2 July 2015
Monday, 29 June 2015
bubur sum sum
Bubur sum-sum
bahan-bahannya
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam .
1 sudu makan tepung jagung
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam .
Koleh Kacang
kuih koleh kacang nie selalunya muncul bila bulan Ramadhan ( puasa). sebenarnya tidaklah sesusah mana membuatnya, cuma ketekunan mengacaunya, itu yangjadi masalah.
Kuih Koleh Kacang
Bahan-bahan
2 cawan santan pekat-( untuk buat tahi minyak.)
1 cawan gula merah- ( gula perang pun ok.)
2 sb gula pasir
2 cawan air
2 cawan santan
5 cawan santan cair
1 cawan tepung kacang hijau
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara-cara
1.
Masak 2cawan
santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang
terhasil dan biarkan dalam 3 sudu besar
lebihan minyak dalam kuali.ketepikan.
2.
Dalam
sebuah periok, masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula
larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.
3.
Satukan tepung kacang hijau, 2 cawan santan, garam dan air gula merah dalam
satu bekas dan kacau hingga sebati.tapis.
4.
Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi
lebihan minyak kelapa . kacau selalu agar tak bergentel . Masak hingga
pekat dan menggelembung ( meletup-letup
) , sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu
dengan lebihan minyak tadi.
5.
Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum
boleh dipotong.
Siap
untuk dihidangkan.
Saturday, 20 June 2015
bebola nasi dan bayam
kadang kala, nasi yang berlebihan bila selalu buat nasi goreng bosan jugakan... kali ini saya ingin berkongsi membuat bebola nasi dan bayam.ianya bukan sahaja boleh dimakan bagitu sahaja, dimasak berlada ( spt gambar) malah sangat enak di buat sup.
bahan-bahannya;
1 mangkok nasi sejuk
1 mangkok daun bayam
2 gelas air. ketiga bahan ini di kisar sahingga halus.
1 mangkok daun bayam
2 gelas air. ketiga bahan ini di kisar sahingga halus.
masukkan nasi dan bayam kedalam mangkok, tambah dengan:
2 biji telor
2 sudu makan lada hitam
2 sudu makan udang kering
1 cawan tepong jagung
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum.
garam
2 sudu makan lada hitam
2 sudu makan udang kering
1 cawan tepong jagung
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum.
garam
kacau sahingga sebati dan kental-spt kita nak buat cekodok.
panaskan air dalam periok, bubuh garam dan minyak sedikit, kemudiannya bentuklah bebola dan masukkan dalam air mendidih. biarkan hingga ianya timbul baru di angkat.
selepas tu terpulang anda nak masak sup atau masak apa sahaja.... yang penting kita tidak membazir, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini
Friday, 12 June 2015
Seri kaya Durian Mengkal
Sahabat saya mengajak saya kerumah kakaknya di Kg Haji Palil, Dusun Tua , Hulu Langat, pokok durian sebesar pemelok sekah dahanya, banyk sungguh durian yang masih muda gugur...
saya puan Sujiah Salleh dan kakaknya sedang tekun mengopek durian mengkal |
masa tu saya hanya terbayangkan masak lemak putih atau pun masak lemak cili api. tetapi kemudiannya saya terfikirkan untuk membuat serikaya... makan dengan roti tentu sedap...menjelang subuh...saya berhasil menghasilkan serikaya durian mengkal ini, dengan bahan paling mudah dan ringkas
Seri kaya durian mengkal
bahannya;
1 mangkok durian mengkal yang sudah di bersihkan- asingkan bijinya untuk masak tengah hari nanti.
21/2 gula pasir- terpulang nak manis mana
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
1/2 batang kulit kayu manis
1 susu makan pewarna kuning
2 sudu makan tepung jagung
caranya.
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
1/2 batang kulit kayu manis
1 susu makan pewarna kuning
2 sudu makan tepung jagung
caranya.
masukkan durian mengkal kedalam blender + 2 gelas air daan di kisar sampai betul betul halus.
masukkan kedalam periok bersama dengan cengkih, pandan gula kulit kayu manis dan juga pewarna kuning
.
kacau perlahan dengan api yang kecil sampai dia mengering dan meletup-letup- jaga jaga panas...
.
kacau perlahan dengan api yang kecil sampai dia mengering dan meletup-letup- jaga jaga panas...
akhir sekali masukkan tepung jagung dan terus kacau hingga cantik pekat dan berkilat...
seri kaya durian mengkal & dan roti yg sudah di sapu seri kaya,,, |
Tuesday, 26 May 2015
sambal pucuk ubi goreng
Sambal cili padi pucuk ubi goreng.
2 cekak pucuk ubi cuci bersih toskan hingga kering
1 cwn ikn bilis di goreng.(ketepikan)
3 keping tempe di goreng dan ketepikan
15 biji cili padi ( ikut suka nk pedas)
5 ulas bwg putih
10 biji bwg merah
Sedikit belacan kalau suka
Grm,sdkt gula
Sedikit minyak utk menumis.
1 cwn ikn bilis di goreng.(ketepikan)
3 keping tempe di goreng dan ketepikan
15 biji cili padi ( ikut suka nk pedas)
5 ulas bwg putih
10 biji bwg merah
Sedikit belacan kalau suka
Grm,sdkt gula
Sedikit minyak utk menumis.
pucuk ubi di goreng terlebih dahulu hingga garing dan di toskan .
Tumbuk cili padi,,b.putih.bwg besar dan belacan.panaskn minyak.tumis bhn2 tumbuk.api perlahan.tumis sampai masak.letak grm.serbuk perasa kalau suka dn sedikit gula.masukkn pucuk ubi yg dah di goreng.gaul balik2 kan tutup api.ikn bilis yg dh goreng td.di tumbuk kasar2.masukkn dlm pucuk ubi n gaul rata..kalau ingin kn ke lainan boleh lah mencuba bagi yang ingin mencuba dan menukar selera baru.sambal inisedap dan tahan di simpan lama.
Dumpling gaya mama Mira
bahan-bahannya;
2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu minyak sayur
air mendidih.
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu minyak sayur
air mendidih.
campurkan kedua tepung dan juga minyak. kemudianya masukkan air mendidih perlahan dan kacau guna senduk kayu, biar semuanya bersatu.
setelah suam kuku, uli dengan tangan hingga kenyal, adunan yg elok bila kita leperkan dia tidak bergulung kembali.
setelah suam kuku, uli dengan tangan hingga kenyal, adunan yg elok bila kita leperkan dia tidak bergulung kembali.
lepas itu betuk ikut suka dan bubuh inti, sama ada sayuran, udang atau apa sahaja yg kita suka dan kukus selama 10 minit.
untuk sambalnya juga terpulang, saya suka mnggunakan cili, udang kering , cuka/lemon dan sdikit gula.
Subscribe to:
Posts (Atom)