Saturday, 31 January 2015

Lepat Keledek bercetak

seandainya susah mendapatkan daun sedangkan anda teringinkan lepat keledek, jangan bimbang kita ubah dalam kekas. rasalepat hanya bercetak.


Lepat keledek.

Bahan2nya:
2 cawan tepung beras
2 biji ubi keledek ( warna ikut suka)
1 cawan pati santan
1 - 2 cawan air masak
1/2 cawan gula (bergantung kesesuaian)
sedikit garam
bekas untuk mencetak




Cara nak buat:
1. Rebus ubi keledek hingga empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan (kecuali keledek ) lalu dimasak dengan menggunakan api yang kecil. Mesti di kacau2 agar tidak berketul dan hangit. Masaklah hingga agak pekat gitu...
3. masukkan dalam bekas
4. Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebih kurang dalam
10 minit.

5. Siap 



Friday, 30 January 2015

Lempeng apam goreng

selalunya saya membuat apam goreng  menggunakan gula, bagi mengelakkan gula yang tidak bagus diambil berlebihan, kali ini saya mngambil pendekatan untuk tidak menjadikannya manis sebaliknya dipadankan dengan sayuran.

bahan-bahannya;

3 sudu tepong beras
2 susu jagung kering hancur dan di kisar halus
2 sudu tepong gandum
1 sudu ragi yis
1 biji telor
garam secukup rasa
air secukupnya

cara membuatnya

1. campurkan semua bahan di dalam pengisar , bubuh air dan kisar sahingga menjadi  lembut dan sebati sebagimana kita biasa membuat adunan lempeng.
2. rehatkan adunan selama 30 minit.
3. lenser kuali dengan minyak, kemudiannya tuangkan adunan ke dalam kuali.
4. anda akan lihat permukaan lempeng anda berlobang-lobang, bila bawahnya dah kuning angkat terbalikkan.  sekejap dan kemudiannya angkat.

5. isikan ditebgahnya dengan sayur yang anda suka, sama ada masak atau mentah. saya suka makan dengan sayuran seperti sawi putih  dan juga bendi yang sudah di celur dan sedikit cili. terpulang pada citaraa anda.

istimewanya adalah jaging kering yang kita kisar , ianya akan memberikan kita rasa  berbiji yang enak untuk kitakunyah., kita juga boleh makan dengan sambal tumis ataupun kuah kari




Thursday, 29 January 2015

Pajeri Labu

Pajeri Labu

bahan-bahnnya

1 mangkok  labu manis
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan untuk dikisar halus:

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu besar udang kering

cara penyediannya
  1. Potong labu ikut suka
  2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
  3. Masukkan labu, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. hias ikut suka



kerabu jering

ramai orang tak suka dengan jering kerana baunya.namun di sebalik baunya yang kuat dan tidak menyenangkan jering kaya dengan kabohidrat, protein, vitamin A, Vitamin B, Fostor, kalsium, alkoloid, minyak atrisi, striod, glikosida, tanin dan saponin. kandungan vitamin c pada 100grm jering adalag 80mg, sedangkan perluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.


untuk kerabu
jering kita perlukan

1 mangkok besar jering tanam
1 mangkok kacang sepat
3 biji tomato
10 batang kucai
1 cawan udang kering
3 biji cili merah
1 labu bawang besar
2  ulas bawang putih
2 sudu makan cuka
1 sdm gula pasir
garam
minyak untuk menggoreng

cara membuatnya
1.cuci jering hingga bersih dan kemudiannya potong nipis-nipis setelah itu di goreng hingga masak.
2. tumbuk udang kering bersama  cili dan juga bawang putih yang telah di bakar hingga lumat.kemudiannya masukkan cuka dan gula
3. campurkan jering goreng bersama kacang sepat yang telah di celor dan juga kucai juga di celor terlebih dahulu, kemudiannya tuangkan kuah  adunan udang kering, masukkan juga bawang besar yang sudah di mayang, juga potongan tomato, gaulkan rata dan biarlan selama satu jam di dalam peti sejuk
4. anda boleh makan bersama nasi atau pun roti.








Onde-onde Ubi Kayu kukus

Ubi kayu memang boleh kita pelbagaikan kegunaannya. kali ini saya mencuba membuat onde-onde ..sejenis kuih tradisi masyarakat melayu yang biasanya di buat dari tepung pulut.


sarapan mudah dan murah, hanya perlukan.

5 cawan ubi parut, perah airnya.
11/2 cawan  tepong ubi, digaulkan bersama ubi parut dan
secubit garam.
uli sebati dn ambil sejemput leperkan, bubuh gula enau di tengahnya dan kemudiannya di bentuk ikut suka dan kukus selama 20 minit.

mudah sangat kan.


Wednesday, 28 January 2015

LEPAT BETIK

percayakah anda betik boleh di perbagaikan kegunaannya?


bahan-bahannya

1/2 biji buah betik di kisar halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepong jagung
1 cawan tepong pulut
1 cawan gula- ikut suka
garam
1 biji kelapa


cara membuatnya

satu kan semua bahan dan kemudiannya bungkus dalam daun pisang.
kukus selama  1/2 jam.

mudah kan.

anda juga boleh membuatnya seperti  lepat ubi dgn meletak inti di tengahnya. terpulang pada citarasa anda.


pau labu

Labu memangnya boleh dipelbagaikan penggunaannya, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda untuk membuat pau labu.

bahan-bahannya;

2 mangkok labu yang telah di rebus dan di kisar.
11/2 cawan tepong gandum
1/2    cawan tepong pulut
garam ikut suka.

satukan semua bahan menjadi doh yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.

bahan untuk inti

1biji kelapa  agak muda buang kulit arinya
1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan
1/2 gula pasir
2 cawan air
2 sudu makan tepung jagung

satukan air, gula kabung dan gula pasir dalam periok , masukkan daun pandan  dan kemudiannya biarkan menggelegak.

kemudiannya masukkan kelapa dan kacau sebati, akhir sekali bila dah sekata, maukkan tepung jagung, gaul rata dan kemudiannya boleh lah diangkat.

biarkan sejuk dan gentel bulat bulat supaya mudah .

ambil secubit adunan dan di leperkan, kemudiannya masukkan inti di tengah dan bentuklah sesuka hati anda,

masukkan dalam pengukus dn kukus selama 20 minit.


KULIT UBI KAYU





anda kenal tak ape benda dalam gambar ini?
kalau nak tahu inilah kulit ubi kayu. kenapa saya letakkan dia dalam blog saya? mesti ada citenya kan..hehehe.
sebanarnya Ubi kayu sangat enak dimakan secara rebus iaitu dimakan bersama kelapa yang telah diparut serta dicampurkan sedikit gula , di rebus cicah sambal tumis ikan bilis atau ikan masin goreng..waw...malah ubi kayu juga sedap di masak lemak. di buat asam pedas. di buat sambal goreng. malah sedap juga di goreng garing selain dibuat kerepek, buat getok gamplek dan tiwul tiga jenis makanan jawa yang dibuat sepenuhnya dari ubi .pendeknya ubi boleh diperbagaikan.


Ubi kayu juga sangat popular bagi membuat pelbagai kuih-muih tradisional. Di Kelantan, ubi kayu rebus menjadi hidangan istimewa di musim tengkujuh. Sesetengah orang mengambil kesempatan di musim tengkujuh meraih pendapatan lumayan dengan menjual sejenis kuih tradisional yang digelar “putu ubi kayu”. ubi kayu juga di kernali sebagai ubi benggala atau ubi belanda,di setengah tempat. namun tumbuhan yang nama saintifiknya (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae ) banyak ditanam di kawasan-kawasan rumah di kampung-kampung. Dikatakan berasal dari bahagian tropika benua Amerika,


Antara khasiat Perubatan Ubi:

* Ditumbuk/dikisar lumat dan digunakan untuk mengubati bisul dengan menampalkan pada bisul yang telah terbuka.
* Sekeping hirisan ubi kayu boleh ditampalkan pada tempat patukan ular (rawatan di hospital harus diutamakan terlebih dahulu).
* Hirisan ubi kayu yang telah dijemur kering, dicampurkan sedikit air kemudian ditampalkan pada kulit bagi merawat luka, bisul, nanah dan ekzema.
* Sedikit parutan ubi kayu, dicampur air kemudian ditelan dapat merawati cirit-birit dan sakit dada.


Daun:

* Menurut petua orang-orang tua, daun ubi kayu yang baru dipetik diletakkan di atas kepala dapat menghilangkan sakit kepala.

* Air rebusan daun ubi kayu dijadikan air mandian bagi merawat demam influenza.Bahagian akar:
* Biasanya dicampurkan dengan bahan-bahan perubatan tradisional yang lain kemudian direbus untuk diminum bagi mengubati sakit-sakit urat dan badan.Bahagian kulit pokok:
* Dapat digunakan untuk merawat reumatisme iaitu dengan merebusnya dan diminum.


Amaran!!

Ubi kayu yang ditanam di tanah yang mempunyai banyak zat nitrogen tetapi kurang kalium, ditambah hujan awal selepas musim kemarau, akan menghasilkan lebihan toksik hidrogen sianida dalam ubi kayu. Seseorang dilarang memakan hidrogen sianida lebih daripada 1mg dalam sehari kerana mengakibatkan keracunan. Apabila sel-sel yang menimpan bahan ini pecah, bahan toksik tadi bertindak balas dengan enzim linamaras dan akan hilang dengan meruap ke udara dan bahan yang dimakan tidak lagi berbahaya.


Kerana itulah ubi kayu mesti di potong-potong sebelum memasak kerana jika tidak bahan toksik yang terperangkap dalam sel-sel tidak akan hilang.namun tahukah anda bahawa kulit ubi kayu sangat sedap dibuat sambal goreng. seorang kawan yang saya bagi dia rasa sambal goreng kulit ubi mencadangkan saya mengkomerselkannya dgn nama sambal goreng "Kulbi.....


masak taucu cili hijau berkuah nenas.

19 jun 2011


bahan-bahannya;

1 mangkok cili muda
5 biji bawang basar
1 labu bawang putih
2 sudu halia yg dimayang
1 cawan taucu
1 cawan ikan bilis ( atau ikan yg digoreng terlebih dahulu)
2 cawan air rebusan nenas.
garam dan minyak untuk menumis.

caranya;

1. mayang cili. halia, bawang merah dan bawang putih.
2. panaskan minyak dan tumis semua bahan mayang hingga kesemuanya nampak layu, kemudianya masukkan ikan bilis dan taucu.
3. masukkan air nenas dan biarkan hingga menggelegak.
4. masukkan garam .biarkan agak kering kalau suka, boleh juga biarkan berkuah.
5 sedia untuk di hidangkan

*selain air nenas, jika anda masak taucu ikan, ianya sangat enak jika anda masukkan air kelapa sebagai kuahnya.

Acar batang dan Daun betik

resepi: acar batang &daun betik


isnin  20 jun 2011


bahan-bahannya:



batang, tangkai dan daun betik ikut suka.

1 biji bawang besar-dimayang

5 biji bawang putih dibelah dua

1 sudu halia yg sudah dimayang

2 susu minyak masak

1 sudu serbuk lada hitam

1 sudu serbik lada putih

1 sudu gula.

3 sudu garam kasar.


cara membuatnya.

1. didihkan air dalam periuk, campurkan dua ke tiga titik minyak dan kemudinnya garam kasar 3 sudu.setelah mendidih masukkan batang dan tangkai betik, kemudiannya masukkan pula daun betik.

2. setelah layu dan empuk, tuang kedalam penapis dan alirkan dibawah air mengalir, balik-balikkan berulang kali kemudiannya rensam dalam air sejuk ( air batu) dalam setengah jam.

3. tumiskan bawang merah dan bawang putih serta halia, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. tambah air ikut suka dan kemudiannya masukkan gula setelah menggelegak masukkan daun dan batang betik yang telah di tos. kacau sebati dan rasa garamnya kalau masih rasa masin x perlu lagi tambah garam,.

NOTA: merebus daun atau batang betik gunakan garam kasar, kerana ianya akan mengurangkan rasa pahit.

pilih daun yang agak tua kerana daun tua bila diramas dengan garam kasar akan menghilang rasa pahit dan menjadikannya lemak.

semua sedia maklum daun betik pahit, tetapi jika kita betuk memasaknya pahitnya akan berkurangan dan aianya menjadi pahit-pahit lemak. nak kata hilang 100% pahit tu memanglah mustahil-dan x kan lah ada identiti betik, tapi sekadar hilang 80% pun sudah sangat sedappp.

jangan takut rasa pahit. kerana ianya sangat baik buatkita yang mengidap darah tinggi dan juga kencing manis. selamat mencuba.

SAMBAL SERAI


khamis 23 mei 2013
sambal serai ini sebenarnya memerlukan kesabaran untuk membuatnya.
bahan-bahan yang kita perlukan adalah

1 mangkok belimbing buloh
1 mangkok serai yang sudah di racik
1 mangkok ikan bilis

ketiga-tiga bahan ini di blender -tidak perlu halus sangat dan biarkan selama 3 jam.


bahan-bahan tumis:

1 mangkok bawang merah
1 mangkok bawang putih
1 mangkok cili api ( ikut suka pedas mana anda nak)
panas kan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut.
bila air agak kering, masukkan belimbing  serai yang sudah di perap tadi, gunakan api perlahan dan masak selama 3 jam, kerap di bolak balikkan supaya serata.Masukkan juga garam, serbuk perasa ( jika suka) dan sedikit  gula perang. kalau belimbing agak masak, ianya akan lebih berair dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadikan ianya kering.
sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti. ianya juga tahan di simpan lama.

Roti telor bakar


ROTI TELOR BAKAR


selasa 5 ogos 2014
BAHAN-BAHANNYA

Beberapa keping roti potong
beberapa biji telor
sambal tumis
sedikit daun  sup atau kuchai untik hiasan.

CARANYA

tekap roti dengan cawan/ gelas ditengahnya dan kemudiannya di masukkan kedalam acuan pembakar yang sudah di sapu dengan sedikit planta.
pecahkan telor ditengahnya.
kemudiannya letaklah sedikit sambal tumis lebihan yang kita makan malam tadi.
bubuh daun sup atau kucai buat hiasan.
bakar dalam ketuhar selama 15 minit -

Tat Roti Mayonis

TAT ROTI MAYONIS

Bahan-bahannya

1 buku roti potong- ambil tengahnya sahaja
½ botol mayonis
2 sudu besar udang kering di kisar
½ batang lobak merah di parut
½ cawan daun sadari di cincang
1 sudu besar lada hitam
1 biji lemon
Garam, gula planta,
1 biji cili.

Cara membuatnya:

Setelah ditekap bulat, masukkan roti dalamacuan bulat yang telah disapu planta, kemudiannya sapu juga di atasnya.

Bakar selama 15 minit 180 darjah selcius.
Sejukkan.
Tuang mayonis dalam bekas, masukkan bawang kering, lada hitam lobak, daun saderi  ,perahkan lemon dan kacau.
Masukkan kedalam  tat roti bila mahu di hidangkan.
Hias ikut suka.

nota: seeloknya dilapik dengan daun -daun seperti salad, kobis baru di letakkan  campuran mayonis bagi mengelakkan roti cepat lembik dan tidak rangup.


Dada ayam gulong

DADA AYAM GULONG

Bahan yang diperlukan:

1 keping dada ayam yang sudah di  buang tulang. di belahdua dan kemudiannya di ketuk sahingga nipis..
bubuh garam -seeloknya guna garam buloh.
dua sudu lada hitam yang di tumbuk dengan 2 ulas bawang putih. dan juga seketul ( anggaran  besar ibu jari) kunyit hidup lumurkan ke dada ayam yang telah nipis dan biarkan selama 20 minit.

untuk tengahnya:

ikut suka anda nak bubuh apa-apa herba. saya  susunkan daun bawang, bubuh sedikit peria dan juga parutan lobak merah.atur ikut suka dan kemudiannya gulong ketat dan rapi. ikat dengan bebenang atau pun tali.

panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya goreng gulungan dada ayam sahingga garing dan kekuningan dan garing.

angkat dan buang tali pengikatnya. potong ikut suka.

untuk sosnya:

2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili masak
2 sudu perahan lemon
1 sudu parutan lemon
2 sudu  kecil madu
1 cawan air masak
garam ikut rasa

kesemuanya di tumbuk halus dan kemudiannya masukkan parutan lemon dan juga  air nya. kacau rata kemudiannya masukkan madu dan juga juga air masak. anda boleh memasaknya diatas api seketika untuk menjadikannya sebati dan kemudiannya bolehlah di tuangkan diatas gulungan ayam saat mahu memakannya.
dada ayam gulong

Lempeng bayam

bahan-bahannya:

2 cawan tepong gandum
1 mangkok bayam
1 biji telor ayam
5 cawan air
5 sudu makan minyak
garam secukup rasa



Cara membuatnya;

1. Kisar bayam dengan 1 cawan air.
2, masukkan tepong dalam pengisar bersama bayam, masukkan juga telor, minyak, garam dan juga air, kisar lagi hingga sebati.
3. jika terlalu pekat, tambah lagi air, seeloknya biarlah cair spt kita membuat kuih dadar.
4. panaskan kuali dan dadarkan  adunan ke dalam kuali
5. Angkat dan bentuk ikut suka.









Lempeng ubi bit

Bahan-bahannya

1 biji ubi bit
2 cawan tepong gandum
5 cawan air
1 biji telor ayam
4 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

cara  membuanya

1, bersihkan ubi bit dan di rebus hingga empok
2. toskan dan kemudiannya di kisar halus dgn 2 cawan air
dan di tapis.
3. campurkan dgn tepung, telor minyak dan air, adun hingga sebati.
4. adunan biarkan cair sebagaimana kita buat kuih dadar.
5. panaskan kuali dan lenserkan adunan hingga masak
6. bentuk ikut suka

Lempeng tapai kukus berlauk

Lempeng Tapai Kukus berlauk

bahan-bahannya
3 ketul tapai ubi
5 sdm tepung beras
5 cawan air
garam.

cara membuatnya.
 masukkan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus  dan lembut.
kemudiannya  masukkan dalam bekas yang anda suka dan kukus selama 20 minit.

untuk lauknya.
terpulang kepada anda, anda mahu menggunakan ayam daging atau hanya telur dan sedikit kucai spt dalam gambar saya..

selasa 27 january 2015


jamu kencur

SELASA, 27 JANUARI 2015

Jamu Kencur 

 Untuk minuman anda di pagi hari selepas letih dan lesu mengerjakan kebun dan kerja harian.
Bahan-bahan
3 sdm Beras yang di sangrai
1 ruas halia- seeloknya gunakan halia bara
2 sdm air asam jawa.
½ ketul gula melaka.
2 cawan air
Sedikit garam.

Cara membuatnya
mula-mula beras disangan (disangrai), selanjutnya ditumbuk sampai halus
halia, kencur-cekur di tumbuk halus dan kemudiannya dimasak bersama air dan juga asam jawa setelah menggelegak ditapis dan bolehlah di minum.
Dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan dan juga melegakan batuk
menikmati jamu hasil tangan sendiri adalah satu kepuasan berbanding membeli disamping kita boleh berjimat

Kerepek rempah.

anda perlu menyapu kulit popia dgn telor.kemudiannya taburkan dgn jintan halus, lada hitam ketumbar udang kering yang telah di sangrai dan di tumbuk halus, daun kari yang telah di potong-potong, taburkan garam dan kemudiannya tutup dengan selapis lagi kulit popia dan kemudiannya gulung kemas kemas.
lepas itu anda boleh memotongnya dan kemudiannya di goreng..
tahan di simpan lama untuk gudapan waktu kita berehat .






Kerepek bayam

anda hanya perlukan
1 mangkuk bayam yng di kisar hancur
1 biji telor di kisar bersama bayam
keduanya di kisar halus dan kemudiannya di tapis.
1 peket kulit popia.
sapukan kulit popia dengan campuran bayam dan telor, buat lah corak yang anda suka, kemudiannya tangkupkan dengan sekeping lagi kulit popia, anda boleh buat dia tiga keping lapisan ikut suka, kemudiannya di gulong dan potong ikut suka.
setelah di goreng garing, barulah raburkan garam.
lukis dan gulong