ramai orang tak suka dengan jering kerana baunya.namun di sebalik baunya yang kuat dan tidak menyenangkan jering kaya dengan kabohidrat, protein, vitamin A, Vitamin B, Fostor, kalsium, alkoloid, minyak atrisi, striod, glikosida, tanin dan saponin. kandungan vitamin c pada 100grm jering adalag 80mg, sedangkan perluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.
untuk kerabu
jering kita perlukan
1 mangkok besar jering tanam
1 mangkok kacang sepat
3 biji tomato
10 batang kucai
1 cawan udang kering
3 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan cuka
1 sdm gula pasir
garam
minyak untuk menggoreng
cara membuatnya
1.cuci jering hingga bersih dan kemudiannya potong nipis-nipis setelah itu di goreng hingga masak.
2. tumbuk udang kering bersama cili dan juga bawang putih yang telah di bakar hingga lumat.kemudiannya masukkan cuka dan gula
3. campurkan jering goreng bersama kacang sepat yang telah di celor dan juga kucai juga di celor terlebih dahulu, kemudiannya tuangkan kuah adunan udang kering, masukkan juga bawang besar yang sudah di mayang, juga potongan tomato, gaulkan rata dan biarlan selama satu jam di dalam peti sejuk
4. anda boleh makan bersama nasi atau pun roti.
No comments:
Post a Comment