Ada yang mengatakan kuih ini adalah kuih tradisional terengganu, namun saya mempelajari kuih ini dari seorang tua di perak yang mengarakan ianya juga kuih tradisional perak.
apa pun sampai kat Mama, mama dah ubah sikit. asalnya kuih ini tidak berinti, namun mama dah bubuh inti supaya gigitan itu tidak rasa kosong.
mudah dan murah...
ada cuma perlukan.
11/2 cawan air
2 potong butter dari sebatang butter.( ikut resepi tradisi- guna minyak kelapa sahaja)
1 cawan tepong gandum
1 biji telor
beberapa biji buah badam
sedikit garam.
caranya;
masukkan air , garam dan butter kedalam periok dan masak hingga menggelegak. kecilkan api dan kemudiannya masukkan tepung yang sudah kita ayak. kacau dengan cepat supaya dia tidak bergentel. matikan api dan pecahkan telor masukkan dalam adunan. terus gaul sebati dengan cepat.
setelah dok tidak melekat pada senduk kayu dan periok, keluarkan dan uli pula dengan tangan. kemudiannya kita bentuk seperyi buah belimbing, sebelum membentuknya isikan badam yang telah di sangrai kedalam buah belimbing sebagai inti.barulah di goreng hingga kekuningan.
untuk manisannya anda perlukan
1 cawan gula
1/2 cawan air
sedikit kayu manis dan bunga cengkih
masuk kesemuanya dalam periok dan masak diatas api hingga ianya pekat.angkat
kemudiannya celupkan satu persatu kuih belimbing anda, biarkan sejuk dan bolehlah di hidangkan.
Thursday, 2 July 2015
Monday, 29 June 2015
bubur sum sum
Bubur sum-sum
bahan-bahannya
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam .
1 sudu makan tepung jagung
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam .
Koleh Kacang
kuih koleh kacang nie selalunya muncul bila bulan Ramadhan ( puasa). sebenarnya tidaklah sesusah mana membuatnya, cuma ketekunan mengacaunya, itu yangjadi masalah.
Kuih Koleh Kacang
Bahan-bahan
2 cawan santan pekat-( untuk buat tahi minyak.)
1 cawan gula merah- ( gula perang pun ok.)
2 sb gula pasir
2 cawan air
2 cawan santan
5 cawan santan cair
1 cawan tepung kacang hijau
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara-cara
1.
Masak 2cawan
santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang
terhasil dan biarkan dalam 3 sudu besar
lebihan minyak dalam kuali.ketepikan.
2.
Dalam
sebuah periok, masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula
larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.
3.
Satukan tepung kacang hijau, 2 cawan santan, garam dan air gula merah dalam
satu bekas dan kacau hingga sebati.tapis.
4.
Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi
lebihan minyak kelapa . kacau selalu agar tak bergentel . Masak hingga
pekat dan menggelembung ( meletup-letup
) , sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu
dengan lebihan minyak tadi.
5.
Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum
boleh dipotong.
Siap
untuk dihidangkan.
Saturday, 20 June 2015
bebola nasi dan bayam
kadang kala, nasi yang berlebihan bila selalu buat nasi goreng bosan jugakan... kali ini saya ingin berkongsi membuat bebola nasi dan bayam.ianya bukan sahaja boleh dimakan bagitu sahaja, dimasak berlada ( spt gambar) malah sangat enak di buat sup.
bahan-bahannya;
1 mangkok nasi sejuk
1 mangkok daun bayam
2 gelas air. ketiga bahan ini di kisar sahingga halus.
1 mangkok daun bayam
2 gelas air. ketiga bahan ini di kisar sahingga halus.
masukkan nasi dan bayam kedalam mangkok, tambah dengan:
2 biji telor
2 sudu makan lada hitam
2 sudu makan udang kering
1 cawan tepong jagung
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum.
garam
2 sudu makan lada hitam
2 sudu makan udang kering
1 cawan tepong jagung
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum.
garam
kacau sahingga sebati dan kental-spt kita nak buat cekodok.
panaskan air dalam periok, bubuh garam dan minyak sedikit, kemudiannya bentuklah bebola dan masukkan dalam air mendidih. biarkan hingga ianya timbul baru di angkat.
selepas tu terpulang anda nak masak sup atau masak apa sahaja.... yang penting kita tidak membazir, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini
Friday, 12 June 2015
Seri kaya Durian Mengkal
Sahabat saya mengajak saya kerumah kakaknya di Kg Haji Palil, Dusun Tua , Hulu Langat, pokok durian sebesar pemelok sekah dahanya, banyk sungguh durian yang masih muda gugur...
saya puan Sujiah Salleh dan kakaknya sedang tekun mengopek durian mengkal |
masa tu saya hanya terbayangkan masak lemak putih atau pun masak lemak cili api. tetapi kemudiannya saya terfikirkan untuk membuat serikaya... makan dengan roti tentu sedap...menjelang subuh...saya berhasil menghasilkan serikaya durian mengkal ini, dengan bahan paling mudah dan ringkas
Seri kaya durian mengkal
bahannya;
1 mangkok durian mengkal yang sudah di bersihkan- asingkan bijinya untuk masak tengah hari nanti.
21/2 gula pasir- terpulang nak manis mana
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
1/2 batang kulit kayu manis
1 susu makan pewarna kuning
2 sudu makan tepung jagung
caranya.
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
1/2 batang kulit kayu manis
1 susu makan pewarna kuning
2 sudu makan tepung jagung
caranya.
masukkan durian mengkal kedalam blender + 2 gelas air daan di kisar sampai betul betul halus.
masukkan kedalam periok bersama dengan cengkih, pandan gula kulit kayu manis dan juga pewarna kuning
.
kacau perlahan dengan api yang kecil sampai dia mengering dan meletup-letup- jaga jaga panas...
.
kacau perlahan dengan api yang kecil sampai dia mengering dan meletup-letup- jaga jaga panas...
akhir sekali masukkan tepung jagung dan terus kacau hingga cantik pekat dan berkilat...
seri kaya durian mengkal & dan roti yg sudah di sapu seri kaya,,, |
Tuesday, 26 May 2015
sambal pucuk ubi goreng
Sambal cili padi pucuk ubi goreng.
2 cekak pucuk ubi cuci bersih toskan hingga kering
1 cwn ikn bilis di goreng.(ketepikan)
3 keping tempe di goreng dan ketepikan
15 biji cili padi ( ikut suka nk pedas)
5 ulas bwg putih
10 biji bwg merah
Sedikit belacan kalau suka
Grm,sdkt gula
Sedikit minyak utk menumis.
1 cwn ikn bilis di goreng.(ketepikan)
3 keping tempe di goreng dan ketepikan
15 biji cili padi ( ikut suka nk pedas)
5 ulas bwg putih
10 biji bwg merah
Sedikit belacan kalau suka
Grm,sdkt gula
Sedikit minyak utk menumis.
pucuk ubi di goreng terlebih dahulu hingga garing dan di toskan .
Tumbuk cili padi,,b.putih.bwg besar dan belacan.panaskn minyak.tumis bhn2 tumbuk.api perlahan.tumis sampai masak.letak grm.serbuk perasa kalau suka dn sedikit gula.masukkn pucuk ubi yg dah di goreng.gaul balik2 kan tutup api.ikn bilis yg dh goreng td.di tumbuk kasar2.masukkn dlm pucuk ubi n gaul rata..kalau ingin kn ke lainan boleh lah mencuba bagi yang ingin mencuba dan menukar selera baru.sambal inisedap dan tahan di simpan lama.
Dumpling gaya mama Mira
bahan-bahannya;
2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu minyak sayur
air mendidih.
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu minyak sayur
air mendidih.
campurkan kedua tepung dan juga minyak. kemudianya masukkan air mendidih perlahan dan kacau guna senduk kayu, biar semuanya bersatu.
setelah suam kuku, uli dengan tangan hingga kenyal, adunan yg elok bila kita leperkan dia tidak bergulung kembali.
setelah suam kuku, uli dengan tangan hingga kenyal, adunan yg elok bila kita leperkan dia tidak bergulung kembali.
lepas itu betuk ikut suka dan bubuh inti, sama ada sayuran, udang atau apa sahaja yg kita suka dan kukus selama 10 minit.
untuk sambalnya juga terpulang, saya suka mnggunakan cili, udang kering , cuka/lemon dan sdikit gula.
Kerepek Daun Labu Manis
Daun labu manis bukan sahaja enak untuk di gulai lemak campur keledek, tetapi enak juga jika di buat kerepek atau pun di celop tepung dan di goreng garingsebagai gudapan.
caranya mudah saahaja.
caranya mudah saahaja.
15 helai daun labu- cuci dan keringkan.
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telor ayam
garam
1 sudu jintan manis dikisar halus
2 biji bawang merah
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telor ayam
garam
1 sudu jintan manis dikisar halus
2 biji bawang merah
semua bahan di campurkan dan kemudiannya bancuh dangan air ais. kacau sebati hingga seperti kita nak buat dadar
Untuk sos;
3 biji cili masak
2 ulas bawang putih
4 sudu udang kering.
ketiganya di tumbuk kasar, kemudiannya masukkan bekas dicampur dengan sedikit lada hitam, gula dan juga cuka. kacau sebati dan untuk di jadikan pencicah.

anda juga boleh mencicahnya dengan sos pilihan lainnya.
Wednesday, 25 March 2015
Sambal Tahun Limau Kasturi
Buah Limau kasturi bila musimnya, aduhaiii, tanam sepokok pun berbaloi baloi...
Bahan bahannya:
1 mangkok limau kasturi
1 mangkok tomato masak
1 mangkok ikan bilis
1 mangkok cili masak
1 mangkok bawang merah mayang
1 cawan bawang putih mayang
1 cawan halia cincang
1/2 cawan madu
3 sudu gula perang
1 sudu cuka
3 cawan air
1 sudu air lemon
1 sudu parutan kulit lemon
1 cawan minyak sayur
garam ikut suka.
cara memasaknya.
1. basuh limau dan kemudiannya di toskan, belah buang bijinya
2. kisar limau, halia, bawang merah dan bawng putih , ikan bilistomato, dan cili hingga hancur
3. panaskan minyak dan kemudiannya tuiskan bahan bahan kisar hingga nik baunya, masukkan 1 cawan air, kacau semula dan masukkan pula satu cawan air lagi hingga habis sebanyak 3cawan.
4. perlahankan api, biar menggelegak masukkan pula air lemon, madu, cuka, gula perang dan juga parutan kulit lemon.kacau hingga pekat dan berkilat.
sejukkan barulah masukkan dalam bekas kedap udara.
enak dimakan dgn nasi atau roti. boleh juga dijadikan ramuan dalam sambal ikan, cuma tambahkan air.

Masak lemak cili api Tampuk Durian
Bila tiba musim bunga durian berkembang dan kemudiannya mulai gugur tampoknya, dibawah pokoknya kelihaan memutih, terasa sayangnya ...kan
stigma nya memang ramai yang sudah tahu boleh di goreng, rasanya seakan tauge, masak lemak juga sedap tetapi tampuk bunga durian terbiar bagitu sahaja. itulah yang ingin saya kongsikan bersam nda semua di sini.
Masak lemak cili api tampuk durian.
bahan-bahannya
1 mangkok tampuk durian
15 biji cili api ( ikut suka nak pedas mana)
1 cawan ikan bilis
1 mangkok santan cair
1 mangkok santan pekat
2 batang serai
1 helai daun kunyit
garam
Cara memasaknya:
bersihkan ampuk durian dan rendam dalam air garam anggran 20 minit kemudinnya di toskan.
dalam periok, masukkan santan cair, masukkan juga cili api yang sudah di tumbuk bersama dengan ikan bilis, serai dan juga daun kunyit. biarkan hingga menggelegak.
masukkan tampuk bunga durian. kecilkan api dan tutup periok . biarkan selama 15 minit.
buka penutup, kacau rata dan kemudiannya masukkan santan pekat, kacau kerap sahingga menggelegak. jaga supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.
bila tampuk Durian sudah empuk bolehlah masukkan garam dan kemudiannya diangkat.
rasanya seakan batang cendawan, kenyal dan enak.

Saturday, 14 February 2015
Fish ball
biasanya bebola ikan ( fish ball) orng gunakan ikan tenggiri atau pun kembong, namun di sebabkan ikan tenggiri mahal- (bagi org macam saya) saya gantikan dengan talapia- alhamdulillah rasanya seakan tenggiri,
bahan-bahannya:
1 mangkok isi ikan talapia-
1 cawan tepong ubi
1 sudu kecil baiking powder
1 sudu kecil garam - ikut suka
1 sdm lobak yang dimayang halus- kalau suka
1 sdm daun saderi dimayang halus-kalau suka
1 cawan tepong ubi
1 sudu kecil baiking powder
1 sudu kecil garam - ikut suka
1 sdm lobak yang dimayang halus- kalau suka
1 sdm daun saderi dimayang halus-kalau suka
cara membuatnya
bersihkan ikan dan buang kulit dan tulangnya , kemudiannya di kisar hingga halus.
campurkan ikan yang telah di kisar dengan semua bahan-gaul sebati dan kemudiannya di bentuk ikut suka.
didihkan air hingga mendidih dan masukkan bebola ikan, biarkan hingga bebola ikan timbul, baru lah diangkat dan masukkan ke dalam air yang sudah di bubuh air batu.anggaran 5 minit ini akan menjadikan bebola menjadi cantik , jernih dan kenyal.

sedia untuk dibuat apa sahaja anda suka. buat sendiri.
.
Tepong beras gulong
tepung beras gulong.
5 sudu tepong Beras bubuh sedikit garam. lepas tu siram sedikit demi sedikit dengan air panas, kacau- jangan lembik sangat dan jangan keras sangat. biarkan 5 minit dan kemudiannya bila dah agak sejuk uli. sebelum uli, sapukan kedua telapak tangan anda dengan minyak dan barulah mula menguli. uli nie yang perlu lama biar sebati. kemudiannya bentuk lah ikut suka.
Pecal lele-
pecal lele merupakan masakan tradisi bagi masyarakat Jawa. makanan tradisi turun temurun.
membuatnya sangat mudah sebenarnya.
anda cuma memerlukan;
beberapa ekor ikan lele (keli ) di siang bersih dan kemudiannya di goreng , jangan masak sangat..ketepikan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
cili api ikut suka
ketiga gahan ini di goreng terlebih dahulu hingga layu dn kemudiannay di kisar bersama 3-4 ketul isi cekur hingga lumat.
panaskan periok dn masukkan 1 sudu minyak kemudiannya masukkan bahan kisar, tumis sekejap dan maukkan ikan ikan tadi. Masukkan pula santan cair anggaran 2 cawan. biar menggelegak dan kemudiannya masukkan 1 mangkok santan pekat. biarkan hingga menggelegak dan bubuh lah garam secukup rasa, angkat. enak jika di hiris daun cekur dan ditaburkan sebagai hiasan

Saturday, 31 January 2015
Lepat Keledek bercetak
seandainya susah mendapatkan daun sedangkan anda teringinkan lepat keledek, jangan bimbang kita ubah dalam kekas. rasalepat hanya bercetak.
Lepat keledek.
Bahan2nya:
2 cawan tepung beras
2 biji ubi keledek ( warna ikut suka)
1 cawan pati santan
1 - 2 cawan air masak
1/2 cawan gula (bergantung kesesuaian)
sedikit garam
bekas untuk mencetak
Cara nak buat:
1. Rebus ubi keledek hingga empuk. Angkat, tos dan
ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan (kecuali keledek ) lalu dimasak
dengan menggunakan api yang kecil. Mesti di kacau2 agar tidak berketul dan
hangit. Masaklah hingga agak pekat gitu...
3. masukkan dalam bekas
4. Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebih kurang
dalam
10 minit.
5. Siap
Friday, 30 January 2015
Lempeng apam goreng
selalunya saya membuat apam goreng menggunakan gula, bagi mengelakkan gula yang tidak bagus diambil berlebihan, kali ini saya mngambil pendekatan untuk tidak menjadikannya manis sebaliknya dipadankan dengan sayuran.
bahan-bahannya;
3 sudu tepong beras
2 susu jagung kering hancur dan di kisar halus
2 sudu tepong gandum
1 sudu ragi yis
1 biji telor
garam secukup rasa
air secukupnya
cara membuatnya
1. campurkan semua bahan di dalam pengisar , bubuh air dan kisar sahingga menjadi lembut dan sebati sebagimana kita biasa membuat adunan lempeng.
2. rehatkan adunan selama 30 minit.
3. lenser kuali dengan minyak, kemudiannya tuangkan adunan ke dalam kuali.
4. anda akan lihat permukaan lempeng anda berlobang-lobang, bila bawahnya dah kuning angkat terbalikkan. sekejap dan kemudiannya angkat.
5. isikan ditebgahnya dengan sayur yang anda suka, sama ada masak atau mentah. saya suka makan dengan sayuran seperti sawi putih dan juga bendi yang sudah di celur dan sedikit cili. terpulang pada citaraa anda.
istimewanya adalah jaging kering yang kita kisar , ianya akan memberikan kita rasa berbiji yang enak untuk kitakunyah., kita juga boleh makan dengan sambal tumis ataupun kuah kari

Thursday, 29 January 2015
Pajeri Labu
Pajeri Labu
bahan-bahnnya
1 mangkok labu manis
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
- Potong labu ikut suka
- Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
- Masukkan labu, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- hias ikut suka
kerabu jering
ramai orang tak suka dengan jering kerana baunya.namun di sebalik baunya yang kuat dan tidak menyenangkan jering kaya dengan kabohidrat, protein, vitamin A, Vitamin B, Fostor, kalsium, alkoloid, minyak atrisi, striod, glikosida, tanin dan saponin. kandungan vitamin c pada 100grm jering adalag 80mg, sedangkan perluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.
untuk kerabu
jering kita perlukan
1 mangkok besar jering tanam
1 mangkok kacang sepat
3 biji tomato
10 batang kucai
1 cawan udang kering
3 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan cuka
1 sdm gula pasir
garam
minyak untuk menggoreng
cara membuatnya
1.cuci jering hingga bersih dan kemudiannya potong nipis-nipis setelah itu di goreng hingga masak.
2. tumbuk udang kering bersama cili dan juga bawang putih yang telah di bakar hingga lumat.kemudiannya masukkan cuka dan gula
3. campurkan jering goreng bersama kacang sepat yang telah di celor dan juga kucai juga di celor terlebih dahulu, kemudiannya tuangkan kuah adunan udang kering, masukkan juga bawang besar yang sudah di mayang, juga potongan tomato, gaulkan rata dan biarlan selama satu jam di dalam peti sejuk
4. anda boleh makan bersama nasi atau pun roti.

Onde-onde Ubi Kayu kukus
Ubi kayu memang boleh kita pelbagaikan kegunaannya. kali ini saya mencuba membuat onde-onde ..sejenis kuih tradisi masyarakat melayu yang biasanya di buat dari tepung pulut.
sarapan mudah dan murah, hanya perlukan.
5 cawan ubi parut, perah airnya.
11/2 cawan tepong ubi, digaulkan bersama ubi parut dan
secubit garam.
11/2 cawan tepong ubi, digaulkan bersama ubi parut dan
secubit garam.
Wednesday, 28 January 2015
LEPAT BETIK
percayakah anda betik boleh di perbagaikan kegunaannya?
bahan-bahannya
1/2 biji buah betik di kisar halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepong jagung
1 cawan tepong pulut
1 cawan gula- ikut suka
garam
1 biji kelapa
cara membuatnya
satu kan semua bahan dan kemudiannya bungkus dalam daun pisang.
kukus selama 1/2 jam.
mudah kan.
anda juga boleh membuatnya seperti lepat ubi dgn meletak inti di tengahnya. terpulang pada citarasa anda.

pau labu
Labu memangnya boleh dipelbagaikan penggunaannya, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda untuk membuat pau labu.
bahan-bahannya;
2 mangkok labu yang telah di rebus dan di kisar.
11/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong pulut
garam ikut suka.
satukan semua bahan menjadi doh yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
bahan untuk inti
1biji kelapa agak muda buang kulit arinya
1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan
1/2 gula pasir
2 cawan air
2 sudu makan tepung jagung
satukan air, gula kabung dan gula pasir dalam periok , masukkan daun pandan dan kemudiannya biarkan menggelegak.
kemudiannya masukkan kelapa dan kacau sebati, akhir sekali bila dah sekata, maukkan tepung jagung, gaul rata dan kemudiannya boleh lah diangkat.
biarkan sejuk dan gentel bulat bulat supaya mudah .
ambil secubit adunan dan di leperkan, kemudiannya masukkan inti di tengah dan bentuklah sesuka hati anda,
masukkan dalam pengukus dn kukus selama 20 minit.

KULIT UBI KAYU
anda kenal tak ape benda dalam gambar ini?
kalau nak tahu inilah kulit ubi kayu. kenapa saya letakkan dia dalam blog saya? mesti ada citenya kan..hehehe.
sebanarnya Ubi kayu sangat enak dimakan secara rebus iaitu dimakan bersama kelapa yang telah diparut serta dicampurkan sedikit gula , di rebus cicah sambal tumis ikan bilis atau ikan masin goreng..waw...malah ubi kayu juga sedap di masak lemak. di buat asam pedas. di buat sambal goreng. malah sedap juga di goreng garing selain dibuat kerepek, buat getok gamplek dan tiwul tiga jenis makanan jawa yang dibuat sepenuhnya dari ubi .pendeknya ubi boleh diperbagaikan.
Ubi kayu juga sangat popular bagi membuat pelbagai kuih-muih tradisional. Di Kelantan, ubi kayu rebus menjadi hidangan istimewa di musim tengkujuh. Sesetengah orang mengambil kesempatan di musim tengkujuh meraih pendapatan lumayan dengan menjual sejenis kuih tradisional yang digelar “putu ubi kayu”. ubi kayu juga di kernali sebagai ubi benggala atau ubi belanda,di setengah tempat. namun tumbuhan yang nama saintifiknya (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae ) banyak ditanam di kawasan-kawasan rumah di kampung-kampung. Dikatakan berasal dari bahagian tropika benua Amerika,
Antara khasiat Perubatan Ubi:
* Ditumbuk/dikisar lumat dan digunakan untuk mengubati bisul dengan menampalkan pada bisul yang telah terbuka.
* Sekeping hirisan ubi kayu boleh ditampalkan pada tempat patukan ular (rawatan di hospital harus diutamakan terlebih dahulu).
* Hirisan ubi kayu yang telah dijemur kering, dicampurkan sedikit air kemudian ditampalkan pada kulit bagi merawat luka, bisul, nanah dan ekzema.
* Sedikit parutan ubi kayu, dicampur air kemudian ditelan dapat merawati cirit-birit dan sakit dada.
Daun:
* Menurut petua orang-orang tua, daun ubi kayu yang baru dipetik diletakkan di atas kepala dapat menghilangkan sakit kepala.
* Air rebusan daun ubi kayu dijadikan air mandian bagi merawat demam influenza.Bahagian akar:
* Biasanya dicampurkan dengan bahan-bahan perubatan tradisional yang lain kemudian direbus untuk diminum bagi mengubati sakit-sakit urat dan badan.Bahagian kulit pokok:
* Dapat digunakan untuk merawat reumatisme iaitu dengan merebusnya dan diminum.
Amaran!!
Ubi kayu yang ditanam di tanah yang mempunyai banyak zat nitrogen tetapi kurang kalium, ditambah hujan awal selepas musim kemarau, akan menghasilkan lebihan toksik hidrogen sianida dalam ubi kayu. Seseorang dilarang memakan hidrogen sianida lebih daripada 1mg dalam sehari kerana mengakibatkan keracunan. Apabila sel-sel yang menimpan bahan ini pecah, bahan toksik tadi bertindak balas dengan enzim linamaras dan akan hilang dengan meruap ke udara dan bahan yang dimakan tidak lagi berbahaya.
Kerana itulah ubi kayu mesti di potong-potong sebelum memasak kerana jika tidak bahan toksik yang terperangkap dalam sel-sel tidak akan hilang.namun tahukah anda bahawa kulit ubi kayu sangat sedap dibuat sambal goreng. seorang kawan yang saya bagi dia rasa sambal goreng kulit ubi mencadangkan saya mengkomerselkannya dgn nama sambal goreng "Kulbi.....
masak taucu cili hijau berkuah nenas.
19 jun 2011
bahan-bahannya;
1 mangkok cili muda
5 biji bawang basar
1 labu bawang putih
2 sudu halia yg dimayang
1 cawan taucu
1 cawan ikan bilis ( atau ikan yg digoreng terlebih dahulu)
2 cawan air rebusan nenas.
garam dan minyak untuk menumis.
caranya;
1. mayang cili. halia, bawang merah dan bawang putih.
2. panaskan minyak dan tumis semua bahan mayang hingga kesemuanya nampak layu, kemudianya masukkan ikan bilis dan taucu.
3. masukkan air nenas dan biarkan hingga menggelegak.
4. masukkan garam .biarkan agak kering kalau suka, boleh juga biarkan berkuah.
5 sedia untuk di hidangkan
*selain air nenas, jika anda masak taucu ikan, ianya sangat enak jika anda masukkan air kelapa sebagai kuahnya.
Acar batang dan Daun betik
resepi: acar batang &daun betik
isnin 20 jun 2011
bahan-bahannya:
batang, tangkai dan daun betik ikut suka.
1 biji bawang besar-dimayang
5 biji bawang putih dibelah dua
1 sudu halia yg sudah dimayang
2 susu minyak masak
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbik lada putih
1 sudu gula.
3 sudu garam kasar.
cara membuatnya.
1. didihkan air dalam periuk, campurkan dua ke tiga titik minyak dan kemudinnya garam kasar 3 sudu.setelah mendidih masukkan batang dan tangkai betik, kemudiannya masukkan pula daun betik.
2. setelah layu dan empuk, tuang kedalam penapis dan alirkan dibawah air mengalir, balik-balikkan berulang kali kemudiannya rensam dalam air sejuk ( air batu) dalam setengah jam.
3. tumiskan bawang merah dan bawang putih serta halia, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. tambah air ikut suka dan kemudiannya masukkan gula setelah menggelegak masukkan daun dan batang betik yang telah di tos. kacau sebati dan rasa garamnya kalau masih rasa masin x perlu lagi tambah garam,.
NOTA: merebus daun atau batang betik gunakan garam kasar, kerana ianya akan mengurangkan rasa pahit.
pilih daun yang agak tua kerana daun tua bila diramas dengan garam kasar akan menghilang rasa pahit dan menjadikannya lemak.
semua sedia maklum daun betik pahit, tetapi jika kita betuk memasaknya pahitnya akan berkurangan dan aianya menjadi pahit-pahit lemak. nak kata hilang 100% pahit tu memanglah mustahil-dan x kan lah ada identiti betik, tapi sekadar hilang 80% pun sudah sangat sedappp.
jangan takut rasa pahit. kerana ianya sangat baik buatkita yang mengidap darah tinggi dan juga kencing manis. selamat mencuba.
SAMBAL SERAI
khamis 23 mei 2013
bahan-bahan yang kita perlukan adalah
1 mangkok belimbing buloh
1 mangkok serai yang sudah di racik
1 mangkok ikan bilis
ketiga-tiga bahan ini di blender -tidak perlu halus sangat dan biarkan selama 3 jam.
bahan-bahan tumis:
1 mangkok bawang merah
1 mangkok bawang putih
1 mangkok cili api ( ikut suka pedas mana anda nak)
panas kan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut.
bila air agak kering, masukkan belimbing serai yang sudah di perap tadi, gunakan api perlahan dan masak selama 3 jam, kerap di bolak balikkan supaya serata.Masukkan juga garam, serbuk perasa ( jika suka) dan sedikit gula perang. kalau belimbing agak masak, ianya akan lebih berair dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadikan ianya kering.
sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti. ianya juga tahan di simpan lama.
Roti telor bakar
ROTI TELOR BAKAR
selasa 5 ogos 2014
BAHAN-BAHANNYA
Beberapa keping roti potong
beberapa biji telor
sambal tumis
sedikit daun sup atau kuchai untik hiasan.
CARANYA
tekap roti dengan cawan/ gelas ditengahnya dan kemudiannya di masukkan kedalam acuan pembakar yang sudah di sapu dengan sedikit planta.
pecahkan telor ditengahnya.
kemudiannya letaklah sedikit sambal tumis lebihan yang kita makan malam tadi.
bubuh daun sup atau kucai buat hiasan.
bakar dalam ketuhar selama 15 minit -

Tat Roti Mayonis
TAT ROTI MAYONIS
Bahan-bahannya
1 buku roti potong- ambil tengahnya sahaja
½ botol mayonis
½ batang lobak merah di parut
½ cawan daun sadari di cincang
1 sudu besar lada hitam
1 biji lemon
Garam, gula planta,
1 biji cili.
Cara membuatnya:
Setelah ditekap bulat, masukkan roti dalamacuan bulat yang telah disapu planta, kemudiannya sapu juga di atasnya.
Bakar selama 15 minit 180 darjah selcius.
Sejukkan.
Tuang mayonis dalam bekas, masukkan bawang kering, lada hitam lobak, daun saderi ,perahkan lemon dan kacau.
Masukkan kedalam tat roti bila mahu di hidangkan.
Hias ikut suka.
nota: seeloknya dilapik dengan daun -daun seperti salad, kobis baru di letakkan campuran mayonis bagi mengelakkan roti cepat lembik dan tidak rangup.
Dicatat oleh Asmira Suhadis di 6:38 PTG
Dada ayam gulong
DADA AYAM GULONG
Bahan yang diperlukan:
1 keping dada ayam yang sudah di buang tulang. di belahdua dan kemudiannya di ketuk sahingga nipis..
bubuh garam -seeloknya guna garam buloh.
dua sudu lada hitam yang di tumbuk dengan 2 ulas bawang putih. dan juga seketul ( anggaran besar ibu jari) kunyit hidup lumurkan ke dada ayam yang telah nipis dan biarkan selama 20 minit.
untuk tengahnya:
ikut suka anda nak bubuh apa-apa herba. saya susunkan daun bawang, bubuh sedikit peria dan juga parutan lobak merah.atur ikut suka dan kemudiannya gulong ketat dan rapi. ikat dengan bebenang atau pun tali.
panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya goreng gulungan dada ayam sahingga garing dan kekuningan dan garing.
angkat dan buang tali pengikatnya. potong ikut suka.
untuk sosnya:
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili masak
2 sudu perahan lemon
1 sudu parutan lemon
2 sudu kecil madu
1 cawan air masak
garam ikut rasa
kesemuanya di tumbuk halus dan kemudiannya masukkan parutan lemon dan juga air nya. kacau rata kemudiannya masukkan madu dan juga juga air masak. anda boleh memasaknya diatas api seketika untuk menjadikannya sebati dan kemudiannya bolehlah di tuangkan diatas gulungan ayam saat mahu memakannya.

dada ayam gulong |
Dicatat oleh Asmira Suhadis di 2:22 PG
Lempeng bayam
bahan-bahannya:
2 cawan tepong gandum
1 mangkok bayam
1 biji telor ayam
5 cawan air
5 sudu makan minyak
garam secukup rasa
Cara membuatnya;
1. Kisar bayam dengan 1 cawan air.
2, masukkan tepong dalam pengisar bersama bayam, masukkan juga telor, minyak, garam dan juga air, kisar lagi hingga sebati.
3. jika terlalu pekat, tambah lagi air, seeloknya biarlah cair spt kita membuat kuih dadar.
4. panaskan kuali dan dadarkan adunan ke dalam kuali
5. Angkat dan bentuk ikut suka.

Lempeng ubi bit
Bahan-bahannya
1 biji ubi bit
2 cawan tepong gandum
5 cawan air
1 biji telor ayam
4 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
cara membuanya
1, bersihkan ubi bit dan di rebus hingga empok
2. toskan dan kemudiannya di kisar halus dgn 2 cawan air
dan di tapis.
3. campurkan dgn tepung, telor minyak dan air, adun hingga sebati.
4. adunan biarkan cair sebagaimana kita buat kuih dadar.
5. panaskan kuali dan lenserkan adunan hingga masak
6. bentuk ikut suka

Subscribe to:
Posts (Atom)